SEJARAH
PKG
Dari segi sejarah, penubuhan Pusat
Kegiatan Guru (PKG) bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di
302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada
tahun 1981, PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), iaitu selaras
dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri
(PSPN) di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Pada tahun 1986, nama PMD telah diubah kepada Pusat
Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap
PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan
memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan
menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran dan
pembelajaran kos rendah. Kementerian
Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru
khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).
Seterusnya pada tahun 1990, nama
PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan
Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah
ditempatkan di bangunan sekolah. Nama
PKG telah dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan
Daerah bagi mengalak kekeliruan pada istilah “Daerah”, memberi gambaran sebenar
tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada Tahun 1995 PKG telah
menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengikhtirafan di atas
kejayaan yang telah dicapai.
Berdasarkan pekeiling
KP(PP)0050/126/1 Jld. 7(23) bertarikh pada 30.10.1995, mulai 01.01.1996 PKG
diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan
di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.
No comments:
Post a Comment