Monday 22 June 2015

PENGISIAN BORANG DATA INISIATIF ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPM TAHUN 2015


SALAM 1 MALAYSIA
SALAM PERAK AMANJAYA


Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah
Kelompok PKG Selekoh
(Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT/Juruteknik Komputer)

Tuan,

PENGISIAN BORANG DATA INISIATIF ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPM TAHUN 2015

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.     Bersama - sama ini dilampirkan *Borang Data Inisiatif ICT bagi Tahun 2015 untuk diisi dan dilengkapkan oleh Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT atau Juruteknik Komputer Sekolah.

3.     Borang yang telah lengkap diisi, hendaklah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar atau Penolong Kanan dan diserahkan semula dalam bentuk hardcopy kepada PKG Selekoh selewat-lewatnya sebelum atau pada 25 Jun 2015 (Khamis) kerana pihak kami perlu memasukkan semua data berkenaan ke dalam sistem sebelum 30 Jun 2015.

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.



Saya yang menurut perintah,

                NOREEN
.........................................................
ROZIATON NORIN BINTI MOHD YUSOF
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA34KUP
Pusat Kegiatan Guru Selekoh
Tel.: 05-6489869
Fax.: 05-6480623
HP.: 019-5586017


*Borang Data Inisiatif dihantar melalui emel akaun yes, sila rujuk emel tersebut.



No comments:

Post a Comment